Tuesday 23 May 2017

Kursus Persediaan Koperasi Sebagai Usahawan Farmasi


Kursus lagi...kali ini kursus berkenaan Farmasi pula. Bukanlah niat utamaku nak mengusahakan kedai Farmasi, apatah lagi aku bukanlah seorang Ahli Farmasi, tetapi sekadar menimba ilmu yang disumbangkan oleh MKM untuk kepentingan anggota koperasi.....kalau tidak kita yang menyertainya siapa lagi? Lagi pun yurannya sangat murah iaitu RM50.00 sahaja untuk kursus tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei 2017. Ilmu yang ku dapati nanti boleh juga ku berkongsi dengan kawan-kawan.



Saturday 20 May 2017

Sambutan Hari Alumni UPM


Hari ni berpeluang menghadhiri Majlis Apresiasi Chapter Alumni UPMyang julung-julung kali diadakan pada tahun ini sebagai kemuncak Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei 2017. Program ini diadakan bertujuan untuk menghargai kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Alumni UPM dalam menyumbang bakti kepada alma mater sejajar dengan tagline Pusat Alumni UPM (ACUPM) "Tradisi Menyumbang, Budaya Ikatan"

Objektif program adalah untuk:

i.   Menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara Alumni dengan Universiti;

ii.  Menyediakan landasan menyumbang kembali para Alumni kepada alma mater melalui sumbangan bakti para Alumni; dan

iii. Memperkasakan semangat kekitaan serta memupuk rasa bangga dalam kalangan para Alumni terhadap alma mater.




Friday 19 May 2017

Doa Pagi Jumaat

Hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari. Jumaat minggu ini merupakan Jumaat kedua terakhir sebelum kita menyambut Ramadhan. Insya Allah minggu hadapan kita akan mula berpuasa pada hari Sabtu. 

Antara doa-doa ringkas yang orang selalu baca ialah:

'YA ALLAH, DI PAGI JUMAAT YANG MULIA INI, AMPUNILAH DOSA2 IBUBAPA KU, SELURUH AHLI KELUARGA KU, SAUDARA2KU, SAHABAT2KU DAN SELURUH UMAT ISLAM. PANJANGKAN UMUR KAMI, KURNIAKANLAH KAMI KESELAMATAN DAN KESIHATAN YANG BAIK, TNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BENAR. BERKATILAH KEHIDUPAN KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA MU. AAMIIN, AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.'


Wednesday 17 May 2017

Kursus Membina Blog di MKM

Alhamdulillah hari ni merupakan hari terakhir aku mengikuti kursus di Maktab Koperasi Malaysia MKM di Petaling Jaya dalam ilmu Membina Blog. Selama ini aku hanya pandai membaca blog orang lain melalui internet, tapi hari ini aku telah mendapat satu pengetahuan baharu. Insya Allah aku akan cuba mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada para pengajar dari MKM yang dengan penuh sabar mengajar kami maklumlah ada diantara pelajar yang agak 'lembam'


Duduk Hadapan : Chandra Sagaran, Kamarudin Ab Rahman, Fatin Amani Mohd Razif, Zainah Ramli, Pn Rosidah Rashid (Penyelaras), Dollah Awang Husin, Zaidi Zakaria, Paizah Che Yusoff, Adlin Najihah Azhar

Berdiri Belakang: Nur Azelan Ahmad, Tg Mangasa Tg Jaffar, Basri Mohd Nor, Salehuddin Mat Ali.


Hidup di KL penuh tekanan

Hidup di Kuala Lumpur merupakan idaman setiap orang terutamanya kaum remaja. Ini kerana berbagai keseronokan terdapat di sini.

Pada hakikatnya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang penuh dengan masalah, terutama berkenaan dengan kesesakan jalan raya. Biasanya hari Isnin merupakan hari yang paling teruk. Hari Isnin kelmarin saya keluar rumah pukul 7 pagi untuk ketempat kerja dan mengambil masa 45 minit untuk jarak 6 kilometer, tapi hari ini ianya mengambil masa setengah jam sahaja.

Huh...tiap-tiap hari stress 😠😠


Tuesday 16 May 2017

Hadiah Untuk mu Guru

Guru merupakan ibu kedua bagi ku. Gurulah yang mendidik ku sejak kecil hingga aku boleh berdikari sampai sekarang.

Jasa guru tidak dapat ku lupakan sehingga akhir hayat.

Suatu ketika ke terserempak dengan guru ku dahulu. Rambutnya sudah putih dan susuk tubuhnya sudah tidak seperti dahulu lagi. Dia sudah tidak mengenali ku lagi tapi aku masih dapat mengenalinya lagi. Pada masa itu aku berjalan kaki kesekolah. lalu terserempak dengannya dan dia telah menumpangkan ku menaiki Vespanya sehingga sampai sekolah.

Itulah sifat-sifat seorang guru, bukan setakat memberi pelajaran kepada ku tapi juga sanggup menolongku dalam apa saja bidang. Namun hari ini guru ku ini sudah tiada lagi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.

Kepada semua guru saya ucapkan Selamat Hari Guru.....jasa mu tetap ku kenang.
Image result for kad ucapan hari guru












Monday 15 May 2017

Selamat Datang

Kami ada membekalkan bermacam-macam barangan makanan dan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

Semua produk adalah dijamin bersih dan halal.